Lori Rempuh | JPJ siasat, tindakan tegas jika langgar peraturan

2022-07-07 0

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan segera menjalankan siasatan tata amalan Industri Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (ICOP) berhubung insiden sebuah lori melanggar beberapa kenderaan di jalan Johor Bharu – Woodlands.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu kenyataan dalam Facebook memaklumkan, polis juga akan membuat ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori berkenaan.